Friday, December 24, 2010






Kunjungan daripada murid- murid Tahun 6 yang sudah bersekolah di peringkat menengah. Murid - murid tersebut adalah bekas murid Sekolah ini yang menduduki peperiksaan pada tahun 2009. Mereka mendapat markah cemerlang dan mara ke peringkat menengah meneruskan zaman persekolahan mereka.





Yang membuat saya terharu, ialah mereka datang tanpa diundang keskolah dan meminta izin kepada Guru Besar untuk berjumpa guru - guru yang pernah mengajar mereka. Murid - murid tersebut berjumpa guru - guru berkenaan dan mengucapkan terima kasih. Hanya itu sahaja yang mereka nyatakan.






Alangkah besarnya rasa hati dan rasa bangga guru - guru jika semua murid berbuat demikian. Slogan Kata terima kasih ini bukan senang dituturkan secara ikhlas dan murid- murid tersebut berjaya melakukannya.









Terima Kasih adalah ayat yang penuh bermakna bagi setiap insan jika digunakan sebaiknya, saya sarankan kepada semua agar melatih diri untuk berterima kasih sesama sendiri kerana penghargaan seperti itu tidak dapat dijual beli..








Murid - murid tersebut melawat keskolah pada 26 / november /2010. Pada waktu rehat jam 10:00 - 10:30 pagi.

No comments: