Taklimat bermula jam 8:00 pagi 14 March 2011 bertempat di dewan Sekolah Rendah haji tarif , Tamoi Brunei I. Dianjurkan oleh Biro Kawalan Narkotik, Jabatan Perdana Menteri. Berkerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi memberikan pendidikan kepada kanak - kanak di sekolah. Penceramah yang memberikan taklimat kepada guru - guru dan murid - murid di sekolah Rendah Haji Tarif, Kawasan Brunei I.
Mohd Irfan bin Yahya: Murid yang berani kehadapan menjawab soalan - soalan yang diberikan oleh Penceramah tersebut.
Reaksi yang sangat menarik daripada murid - murid Tahun 4, keinginan menjawab soalan itu jauh dan susah diraih disebabkan oleh initiatif murid - murid disebabkan oleh dorongan pemberian hadiah yang lumayan.
Adegan lucu yang diambil oleh Cg Lim Han sebelum Nassir berlakon sebagai pemandu yang menyalahgunakan dadah.
Yang lain juga ingin mencuba menjawab setelah memahami soalan yang telah diajukan oleh penceramah.
Lakonan Abdul Qawi sebagai "penagih yang menyesal".... sangat menarik
Wathiqah memberikan soalan bonus kepada penceramah: "Bagaimanakah menjauhkan diri daripada penagih dadah?"
Hadiah disediakan daripada pihak Biro Kawalan Narkotik sendiri. Terima Kasih.
Penyampaian cenderahati yang disampaikan kepada Penceramah daripada Bahagian Pendidikan BKN, Jabatan Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment