Monday, March 14, 2011

PERTANDINGAN SEMPENA MAULUD DAN SEKOLAH UGAMA HJ TARIF MENDAPAT KEJAYAAN

Kumpulan Darul Raudhah dari Sekolah Ugama Haji Tarif Kampung Tamoi, Juara Zikir Sarafil An-nam (Perempuan) bagi Guru Ugama Kawasan Brunei I.

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Feb - Kumpulan Sasabul Qawi dari Sekolah Agama BPAK Haji Umar Kampung Setia dan Darul Raudhah dari Sekolah Ugama Haji Tarif Kampung Tamoi hari ini masing-masing diumumkan sebagai Juara membaca Al-Quran berkumpulan (lelaki) dan Zikir Sarafil An-nam (Perempuan) bagi Guru Ugama Kawasan Brunei I.

Majlis yang berlangsung sempena sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah ini menyaksikan Kumpulan Sababul Qawi meninggalkan kumpulan daripada sekolah Agama PMAMB Lorong Dalam di tempat kedua dan Kumpulan Gabungan Sekolah Ugama Pengiran Bendahara Kama dan PDK Haji Mohamad Salleh di tempat ketiga.

Dalam bahagian wanita pula Kumpulan Darul Raudhah meninggalkan kumpulan daripada Sekolah Ugama Pelambaian dan Sekolah Ugama Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di tempat kedua dan ketiga.

Hadir menyempurnakan majlis penyampaian hadiah serta berucap di awal majlis itu ialah Pengarah Pusat Dakwah Islamiah, Hajah Hasnah Haji Omar setelah dialu-alukan oleh pengerusi majlis dalam ucapan hari ini.

Majlis hari ini disemarakkan dengan persembahan oleh guru-guru agama sekolah rendah yang terlibat.

Dicatat oleh Guru - guru Sekolah Ugama Haji Tarif (dipetik dari blogspot www.hjtarif.blogspot.com). Tahniah Kumpulan Darul Raudah

No comments: