Showing posts with label safety. Show all posts
Showing posts with label safety. Show all posts

Monday, February 21, 2011

THE FIRST STAGE OF HYDROPONICS IN SCHOOL

Look at them grow... Well done kids for making this a reality..
The Explanation and experience for the pupils. Irfan, Abd Qawi, Mohd Amin and Daniel.
Also came to help Cg Roy Morni, Cg Dk Haini, Cg Arif and all the Teachers in School.
We explain to the pupils about the importance of safety when using the knife (cutter).

Tuesday, February 1, 2011

PEMELIHARAN JAMBATAN DAN JETI 2011

Jambatan yang mumut ditukar ganti untuk kesenangan orang ramai yang bermastautin di Kampong Tamoi.
Kakitangan yang bertugas berkerjasama, orang kampong juga turut turn padang membantu membaikki jambatan yang lapuk. Penghulu, Ketua ketua kampung berhampiran juga pergi memerhati dan membantu selama perlaksanaan jambatan dibaikki.
Antara senario yang dapat digambarkan waktu air surut. Pagar juga dibuatkan oleh Kakitangan daripada Unit Pemeliharaan Jambatan dan Jeti (Jabatan Daerah Brunei dan Muara) untuk keselamatan kanak- kanak. Jambatan tersebut adalah perjalanan harian murid dari pagi hingga ke petang.
Sebagai tambahan pula, Pelancong selalu menggunakan jambatan dekat sekolah (setiap rabu).
Salah seorang Kakitanga yang membawa perkakas yang lengkap.

Saturday, December 18, 2010

PERLAKSANAAN MEMBAIKKI PAPAN SEKOLAH







Papan Rosak Merbahaya!!!

Dua orang perkerja melaksanakan tugas tersebut selama 2 hari. Pihak sekolah menyediakan makanan mereka bagi sesi tengahari dan petang.


Kesukaran berkerja di Kampung Ayer adalah cabaran yang luar Biasa.

Seperti contoh cerita rakan kerja saya yang mengandung pernah jatuh ke dalam sungai apabila dia hendak cuba turun dari tangga ke perahu lalu terjatuh. Nasib baik ada guru yang sanggup terjun kesungai untuk menyelamatkannya, jikalau tidak adakah guru perempuan itu terselamat bersama kandungannya???


Turut terpaut ialah segala dokumen penting, komputer, tel bimbit juga turut rosak dibasahi Ayer.

Jika tidak ditukar kayunya, saya pasti dalam beberapa bulan ada warga sekolah akan tercedera disebabkan oleh kerosakkan ini.

Hampir roboh ditelan anai yang bermastautin di sekolah.

Pengurusan pentadbiran juga turut terjejas jika pembaikkkan tidak dijalankan.


Terima Kasih Kementerian Pendidikan atas khidmat tindakan segera yang diberikan pada sekolah kami.

Tahniah kepada Kementerian Pendidikan atas layanan Tekad Pemedulian Orang Ramai secara segera demi keselamatan murid.

Murid akan menggunakan lagi jambatan ini pada tahun 2011.

Monday, December 13, 2010

KEBERSIHAN ITU SEPARUH DARIPADA IMAN


Suasana pagi waktu persekolahan jika ada sampah

Setiap pagi Kera akan berkeliaran memecah suasana kesunyian untuk mencari makan dikawasan pembuangan sampah sekolah, pernah juga salah seorang murid dikejar oleh binatang tersebut. (sangat merbahaya)

Gambar ini diambil sebelum sampah tersebut dibersihkan oleh pembersih sekolah.

Guru - guru juga turut bimbang tentang serangan kera pada murid- murid sekolah.

Tindakan sekolah:

Guru Besar telah menyediakan dan mengarahkan guru - guru untuk datang lebih awal kesekolah demi menjaga keselamatan murid supaya tidak diserang kera yang berkeliaran secara berkumpulan di kawasan pagar masuk sekolah.

Sunday, August 22, 2010

AKTIVITI MENGUSIR LEBAH




Aktiviti membasmi sarang lebah ini dilaksanakan pada 26 - July - 2010 pada waktu petang hingga jam 5. Antara yang terlibat ialah pihak Bomba dan Penyelamat, Penyelia Daerah Brunei I, Guru Besar dan Guru Kanan Pentadbiran Sekolah Rendah Haji Tarif tyang urut menyaksikan setelah murid tamat sesi ugama mereka.

Perkara serangan lebah ini tidak boleh sama sekali dianggap perkara yang ringan kerana ianya boleh membahayakan semua warga sekolah terutamanya murid - murid. Pihak - pihak yang tertentu seharusnya memberikan respon yang cepat bagi menghindari kecederaan di kemudian hari.

Alhamdullillah, dengan adanya bantuan daripada semua pihak, mereka berjaya mengusir lebah tersebut daripada bermastautin d Sekolah Rendah Haji Tarif.